BWTD-EKSA

http://bwtdeksa.blogspot.my

Penjelmaan 5S Kepada EKSA

EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).Ia diterajui oleh pihak MAMPU ( Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia) dan ia merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam serta bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat. Selain itu juga ianya melahirkan idea dan kreativiti dan inovasi.

LATAR BELAKANG  

Mampu telah mengeluarkan Panduan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010 yang mana agensi/jabatan di bawah Sektor Awam sudah boleh memperoleh Persijilan Amalan 5S melalui pihak MAMPU (Bahagian Inspektrorat dan Pengiktirafan). Seperti sedia maklum selama ini Persijilan 5S/QE (Sistem Persekitaran Berkualiti) ditunjangi oleh pihak MPC ( Perbadanan Produktiviti Malaysia) sejak tahun 80an lagi. Manakala tempoh persijilan 5S ini adalah selama 2 tahun sekali, berbanding tempoh Persijilan 5S MPC setahun sekali. 

Bagi merealisasi dan memantapkan lagi Amalan 5S Sektor Awam ini, pada tahun 2011 pihak MAMPU telah melaksanakan Program Training oF Trainers (ToT) Amalan 5S kepada Institut Latihan Awam. Sejak itu beberapa agensi/jabatan sektor awam mula memperoleh persijilan 5S melalui pengauditan MAMPU. Sehingga tahun 2013 sejumlah 173 agensi/jabatan sektor awam telah memperoleh persijilan ini. 

Atas usaha untuk penjenamaan semula 5S Sektor Awam ini, dengan acuan sendiri dan tidak mengguna pakai nama 5S (berasal dari Jepun : Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu & Shitsuke), makapada tahun 2013, Makmal 5S dan Pilot Test EKSA telah dilaksanakan dengan menggunakan kriteria yang ditambah baik hasil perbincangan dan idea dari 'pakar-pakar' wakil agensi sektor awam yang telah memperoleh Sijil 5S Sektor Awam sebelum ini. 

Seterusnya pada awal tahun 2014, ToT EKSA telah dilaksanakan dan telah menjemput hampir 80 peserta daripada pelbagai agensi Sektor Awam dan Institut Latihan Awam (ILA) yang terpilih untuk memberi penjelasan berhubung pelaksanaan EKSA dalam memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif, memberi pendedahan dan kefahaman menyeluruh berhubung kriteria baru EKSA, menyediakan latihan amali berkaitan tatacara pengauditan EKSA dan juga melahirkan juruaudit yang terlatih dan berkaliber dalam program pengauditan dan persijilan EKSA. 

Dengan perancangan rapi MAMPU melahirkan juruaudit terlatih dan berkaliber, maka EKSA akan mudah diperluaskan dan Surat Pekeliling EKSA 2014 dikeluarkan pada tahun berkenaan.

TUJUAN PENJENAMAAN SEMULA  

MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambah baik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi-agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.  

Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:- 

a)          Meningkatkan imej korporat 
b)          Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green 
c)          Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan stakeholders 
d)          Memperluaskan pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan  
e)          Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian organisasi /agensi kerajaan. 

Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi kepelbagaian agensi kerajaan pada masa ini. Justeru itu, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokasi agensi yang diaudit. 
Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.
Share on Google Plus

About AlphaBwtd

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment